Assamualaikum dan salam sejahtera.😊.
Ini merupakan post pertama untuk blog saya. Maka, di sini ingin saya kongsikan terlebih dahulu mengenai projek berkumpulan saya untuk subjek SGDT4013 Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan.
Penubuhan kumpulan 7
Kumpulan ditetapkan oleh pensyarah. Terdiri daripada saya, Faten dan Nisa. Segala pertemuan dan perbincangan kami adalah melalui Webex, Google Meet dan Whatsapp. Kerjasama antara kami amat baik walaupun masing-masing duduk jauh.
Perkembangan Idea
Idea awal kumpulan saya ialah membuat inovasi permainan papan (board game) berdasarkan dam atau congkak tetapi setelah diperhalusi kami bersependapat untuk memilih permainan board game ala-ala dam ular. Tetapi disebabkan lambakan inovasi permainan dam ular ini maka kami membuat sedikit kelainan menggunakan templat reka bentuk papan yang berbeza ilham daripada permainan kapal terbang milik adik Nisa. Untungnya, permainan ini boleh dimain secara individu atau kumpulan. Konsep yang kami ingin ketengahkan dalam inovasi ini ialah bermain sambil belajar (fun learning concept). Pastilah kami perlukan elemen keseronokan atau wow factor untuk tarik minat pelajar maka kami memasukkan karakter kartun.
Transformath
Awalnya kami memilih nama inovasi kami sebagai Aero Game tetapi nama Transformath tercetus kerana lebih releven dengan karekter yang digunakan. Nama pun lebih sedap dan lebih komersial.
Kembali ke Sekolah
Kami memilih subjek Matematik kerana semua ahli kumpulan adalah major Matematik. Jadi tiada masalah dari segi pemilihan subjek. Di awal perbincangan kami, tajuk integer menjadi pilihan kerana dari pengalaman lepas saya sebagai guru ganti apabila pelajar tidak menguasai operasi melibatkan integer, mereka tidak dapat menyelesaikan masalah yang melibatkan nombor integer di tajuk-tajuk lain. Tetapi kami kemudiannya bersepakat untuk membuat tinjauan dan kajian dahulu untuk mencari tajuk yang sesuai. Maka saya mengambil inisiatif ke sekolah dan sekolah yang saya pilih adalah sekolah yang terakhir saya mengajar sebagai guru ganti. Alhamdulillah dengan maklum balas daripada guru Matematik di situ, tajuk yang paling bermasalah dalam kalangan pelajar di situ ialah Persamaan Linear kerana ramai pelajar gagal menguasai tajuk ini. Daripada pengalaman saya sendiri pun, pelajar memang susah untuk menguasai tajuk ini walaupun kadang-kadang dah berulang kali diajar.
Instrumen
- Pemilihan soalan berdasarkan latihan-latihan lepas yang telah diberikan oleh guru subjek Matematik. Soalan terdiri daripada aras rendah, sederhana dan tinggi.
- Pemilihan sekolah dicadangkan sekitar Alor Setar kerana saya mempunyai kenalan yang bekerja sebagai guru di sekitar sini. Setelah mengambil kira beberapa faktor antaranya jarak kerana Faten dan Nisa datang dari Perlis dan Langkawi, kami memilih SMK Sultanah Bahiyah kerana kedudukannya yang strategik dan berdekatan dengan kemudahan-kemudahan awam yang lain.
- Pemilihan pelajar adalah dari Tingkatan 1 dan diambil dari kelas sederhana dan belakang.
Pembahagian Tugas
Apa yang penting kerjasama. Terngiang sekejap lagu Wonder Pet tu. Yang muda-muda ni tak tahu la tahu ke tak kartun Wonder Pet ni. Tiada isu sleeping partner antara kami kerana masing-masing ada tugasan masing-masing. Nisa pula berperanan menukarkan semua soalan yang saya dah siapkan ke bentuk kod QR dan juga merangkap editor untuk tatacara dan peraturan board game kami manakala Faten pula menjawat jawatan designer templat board game. Saya? Mana boleh goyang kaki..budak baik kena amanah 😎 ..Kata-kata kan satu doa, jadi tu adalah satu doa semoga saya jadi insan yang lebih baik. Aminkan ya kawan-kawan. Baiklah sebelum melalut jauh, nak maklum saya tukang cari soalan-soalan untuk dimasukkan ke dalam permainan kami.
Setuju sangat! Persamaan liner tajuk paling penting sebab digunakan dalam semua tajuk matematik dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Bila pelajar lemah tajuk ni. So tajuk lain pon pelajar akan stuck.
ReplyDeleteHaha! Budak baik. Can't wait to see hampa punya game 😍
ReplyDelete