PR: FASA KEDUA

 Assamualaikum dan salam sejahtera😊



Untuk entry kali ni saya nak story pula mengenai pembinaan poster kumpulan kami. Nak tanya ...cun tak poster kami? 😎Inilah penghasilan poster ketika breakout room. Terima kasih juga kepada Dr. Ain sebab bagi kami masa dan kesempatan untuk siapkan poster. Kalau tidak susah jugak nak cari masa siapkan😅. Tapi yang atas ni versi tak siap tau. Sudah di upgrade sebab maklum balas yang diterima warna latar tu terang sangat. Itulah yang memilih tu pun minat biru, warna ketenangan katanya. Saya la tu 😁✌. Terlebih dulu nak minta maaf dekat ahli kumpulan sebab nak letak jugak poster tak siap ni di sini. Berbalik kepada topik utama, banyak yang kami bincangkan di breakout room. Antaranya, design dan cara permainan board game kami serta pemilihan warna untuk poster.  Untuk cara dan peraturan board game kami masa ni masih diperhalusi. Kod QR untuk soalan pun masih dalam pembinaan. Sempat juga kami bincang mengenai target sekolah untuk uji board game kami ni.

Cabaran

Risau sebenarnya sebab banyak faktor yang perlu diambil kira. Jarak, masa, kesudian pihak sekolah nak terima kehadiran kami di waktu Pdpc lagi ni. Bukan semua guru terbuka nak terima bila mereka terpaksa korbankan waktu pdpc mereka. Ada yang kejar silibus. Jadi bila nak pilih sekolah ni kena betul-betul cari yang sudi nak bantu. Pelajar pun nak kena pilih yang konsisten bagi komitmen. Maklumlah empat kali nak jumpa. Tapi Alhamdulillah itulah guna sahabat waktu-waktu macam ni. Dialah yang jadi orang tengah untuk cari pelajar. Rasa bersalah banyaklah sebab susahkan dia. Tapi InsaAllah orang dah tolong ni kita kena bagi sagu hati la kan. Tengah fikir lagi ni nak belanja apa. Ada cadangan tak kawan-kawan? Jangan cadang yang mahal-mahal dah la no


2 comments:

  1. Hi Aina.... the other Aina hahaha... I really need to meet both of you to distinguish both of you... Sorry! hahahaa... by the way, nice design! it reminds me of the racetrack an we will all be at the finish line with you. see you soon!!

    ReplyDelete
  2. Hi Twin, heee!! nice sharing about innovation in your product.. Can't wait to see your final product..

    ReplyDelete

PENYELESAIAN MASALAH

  Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aktiviti: Perbincangan Berkumpulan Secara Bebas Pensyarah memberikan ruang selama 1 jam kepada setiap...