Assalamualaikum dan salam sejahtera😊
Bertemu lagi kita di post yang seterusnya. Sebelum ini saya dah bercerita perit getir untuk menyiapkan poster (hiperbola sangat ni). Jadi untuk entry kali ini saya nak cerita pulak mengenai hikmah dan pengajaran yang saya peroleh daripada projek ini. Cabaran makin besar, tugasan makin bertambah maka kita harus tabah dan sabar ya di sini. Untuk meyakinkan orang ramai dengan keberkesanan board game kami ini, maka kami perlukan komen-komen dan maklum balas daripada orang ramai. Orang ramai tu termasuklah pelajar-pelajar, lagi bagus tingkatan satu sebab soalan-soalan yang dibuat pun memang ikut sukatan tingkatan 1. Nak elak bangga diri kena ada juga komen tu tapi biar membina la jugak. Bila dah orang komen kena berlapang dada. Ubah apa yang patut ikut selera pelajar-pelajar sekarang sebab budak-budak zaman sekarang lagi maju dari kita. Celik IT belaka. Umur setahun jagung dah pandai godek-godek phone. Saya umur 17 nak masuk 18 tahun baru nak belajar explore tupun telefon Nokia je. Maka, sebab tu jugakla kami pilih Transformer ni. Dogeng pahlawan-pahlawan robot untuk selamatkan bumi. Kan budak-budak suka cerita lawan-lawan dan superhero ni. Jangan kata budak, saya yang tak budak ni pun layan semua sequel movie ni😁. Ada yang tak pernah tengok ke movie ni?
Berada di abad ke-21, pedagogi dah tak sesuai untuk guru setakat "chalk and talk". Maka selari dengan arus globalisasi ini, PAK-21 telah diperkenalkan oleh KPM. Dalam PAK-21 tu macam-macam teknik atau aktiviti yang guru boleh gunakan di dalam kelas. Maka board game ni salah satu cara yang boleh digunakan. Belajar sambil bermain. Kita asah atau gunakan bakat bermain game pelajar tu untuk belajar 😆. Barulah bermaanfaat. Saja la saya nak kongsi pesan dari guru senior yang bakal bersara tahun depan...katanya, nak hukum pelajar, jangan hukum untuk sakitkan mereka, tapi bagi denda atau hukuman yang boleh mendidik. Kita dah belajar ya kawan-kawan dalam tajuk Psikologi. Cer teka teori mana satu?. Jadi why not kita denda pelajar yang nakal-nakal, yang malas-malas tu untuk stay back main game ni...nak aktifkan balik sel-sel neuron berhubung. Bab kena rehat lambat ni memang igauan ngeri pada sesetangah pelajar. Apatah lagi kalau kena balik lambat sebab tak siap homework. Kita dah buat sesi percubaan beberapa kali. Ternyata tak gagal 😏.
No comments:
Post a Comment